Jumaat, 9 Jun 2017

SOMETIMES

I believe in me when nobody don't.. I trust me when no one don't.. I get what I want when nobody don't.. sometimes all you need is trusting and believing in yourself.

Why ask why?? Just do what you want and get what you want. This life is short and temporary so to get in heaven you have to work hard and keep your faith high.

They cant change you, but you can! Get what you WANT!!... Because sometimes all you need is BELIEVE, TRUST & FAITH.

Jumaat, 19 September 2014

Fantasy Reality

Apa yang sebenarnya aku nak? apa sebenarnya yang aku nak banggakan? apakah aku layak? apakah usaha aku sudah cukup banyak? anggaplah dunia ini sebagai REALITI SEMENTARA dan syurga nanti FANTASI KEKAL ABADI. Aku harus usaha sampai aku dapat capai. Aku dikatakan lupa jasa tapi sebenarnya aku hanya tutup simpan sementara. Bukan bermakna aku tidak menghargai, cuma aku terlalu REALITI. Jangan risau segala jasa kalian padaku, aku doakan untuk kalian kembali, terima kasih. Tunggu suatu hari nanti aku kembali, akanku balas jasa-jasa kalian jika tidak sampai pada empunya, mungkin pada talian darahmu. Cukup aku terasa hati dengan semua ini. Jika diceritakan ramai akan tidak sangka, begitu juga aku. Limit. LAST! Satu cara untuk berjaya ialah BERUSAHA! Bukan dari membaca menulis mengira sahaja. Pengalaman ilmu, pekerjaan ilmu, kesilapanmu jua ilmu.LEKA! Semester terakhir tahun ini, aku inginkan kelainan. Aku akan.

Khamis, 10 April 2014

3 Tahun menimba ilmu

pelik. selalunya 3 tahun dah grade dah diploma kan? ye, sebab aku lain, special sikit, hihihihi!
sebenarnya sebab PRA-DIPLOMA lah. program under Uitm. tak kisah lah.. bukan perkara ni yang aku nak cerita kan, walaupun aku sendiri je yang akan bukak blog aku, humm, dia macam diari masa kita selalu tulis kecik2 dulu. pernah sekali dalam hidup aku mendiarikan hidup aku tu pun masa darjah 6. macam2 lah aku tulis, sajak lah apa lah, tererkan? fuh! eh, berbalik kepada 5 semester yang aku dah lalui sebagai pelajar Uitm cawangan segamat.. tak pernah sangka akan masuk uitm, lepas je spm aku tak plan apa2, sebab result spm pun tak memberangsangkan, ini semua sebab aku malas lah ni! blame myself! apa pun Alhamdulillah still masuk Uitm. ALLAH ada perancangan yang baik untuk hambaNYA yang penuh dengan dosa alpa nista ni. jika jatuh, kembali lah kepada Penciptamu, DIA tahu segala isi hati mu. semester 5 adalah semester yang aku rasa sangat cepat berlalu, pantas, kerana dunia waktunya tak menunggu kita, semakin hampir dengan pengakhiran..mari bercerita tentang impian. dari kecik konon2 nak jadik doktor, angkasawan, itu cita2 aku, sebab aku ingat lagi arwah abah nak suruh aku jadik doktor tapi rancangan itu berlalu tidak mengikut Qada and qadar. perit sungguh bila nak mengenang kisah hidup yang lalu, ALLAH dan aku sahaja tahu. masuk pulak sekolah menengah cita2 pun berubah, aku ingin menjadi fashion designer and penyanyi (walaupun suara tak sedap), tapi cita2 nak jadik doktor aku genggam rapi. entah apa silap aku naik form 4, aku berubah jadik malas sampai form 5 spm aku kelaut china selatan. buang jauh2, spm bukan 100% penentu masuk U atau tak. sekolah menengah ambek sains tulen tapi kat Uitm aku ambek Banking-nampak beza tak? tak pernah belajar account, tapi bersyukur aku dapat belajar dua2 ilmu tu. sem ni sangat2 selalu lecturer tak masuk,, waittt, aku jugak ponteng kelas selalu, tak sedar diri nak salah kan lecturer pulak, booooo!! myself! apa2 pun aku dah lepas semua paper sem 5 ni, aku berharap dapat DL sem ni nak naik kan cgpa. aduhh! inshaALLAH.. emosi sangat2 tak stabil last2 nak habis paper, menangis kenapa pun aku tak tahu. aku jenis yang banyak sangat berangan benda yang probabiliti nak berlaku 10% je.. RUUDDDDYYYYYYY!! apocalypto cerita dia berlakon.. dia sangat2 bagus dan aku baca cerita hidup dia, aku menangis.. aku minat sangat dengan peribadi dia. dia positive dengan hidup dia walaupon dia tak pernah ada zaman kanak2 macam aku, dia start bekerja dari umur 10tahunn!!! Kerja construction,, boleh bayangkan tak? sedihh!! RUDY YOUNGBLOOD kata2 dia sangat membakar semangat aku yang hampir2 padam 2 hari lepas. Terima kasih Rudy, walaupun kau tak kenal aku, tapi aku kenal kau, aku doa suatu hari nanti aku dapat jumpa dia, amin. aku simpan kata2 dia-dalam hidup dia tak pernah ada perkataa, kalau, kenapa and macam2 lagi. sangat positive!! 
its's important ti step outside your ego and help somebody. just a little help can change a person's life forever-RUDY YOUNGBLOOD .. aku jenis ego tinggi, susah nak senyum, very negative!! thankss Rudy, I love YOU. banyak lagi kata2 dia yang aku simpan sebagai motivasi diri aku, i really2 hope we will meet someday if not in this world, we meet in hereafter, i pray for you. Rudyyyyyyy!!! i'm your fan and you are my aspiration.. why ask why?--RUDY. nak berjaya buat jelah, buat apa nak tanya2, percaya diri sendiri and semua nya aku berjalan lancar seperti kita nak. Rudy membuatkan aku percaya pada diri aku, percaya dengan ketentuan ILLAHI. aku pastikan aku capai cita2 aku yang tergendala sebelom umur mencecah 30tahun, aku berdoa aku capai kehendak aku. suatu hari nanti aku nak jadik macam Rudy, memberi aspirasi pada orang lain. kita akan berjumpa Rudy, i believe in myself that i will meet you. actually nak cakap pasal Rudy tapi dah bercampur aduk perasaan ni. Rudy-32tahun sekarang, 5 tahun akan datang aku bukan aku yang sekarang, aku bukan lemah pengecut, hidup tanpa capai cita2, tanpa meninggalkan kebaikan kepada agama bangsa dan negara. aku Berubah! RUDY YOUNGBLOOD-strong man with no fear.

Isnin, 10 Februari 2014

Tapi.....

tak ada apa nak dicoretkan, memandangkan aku sahaja yang baca so tak kisah sangat. first thanksss to nad & zati belikan cake chocolate indulgence for my birthday :). thanks kawans. hehehe. rasa macam first time pulak sambut birthday. dah 21tahun aku hidup, apa ye perkara yang aku boleh bangga? rasanya macam takda. suatu hari nanti aku pastikan aku akan berjasa pada bangsa agama and negara aku. walaupun aku tak aktif dalam liku2 uitm ni, mungkin suatu hari nanti,amin. tinggal satu semester lagi nak habis, adakah aku akan kerja? rasanya nak continue degree dulu sebab Muet dah beli dah pun. so degree first. sem ni sem yang paling2 free and class sikit hanyaaaa*trademark budak laki class aku*.tapi.....kerja dia banyak hanyaaa! busy hanyaaa! test berderet2 hanyaa!! ni baru tadi lepas test It, 3 bulan kat uitm tapi..lecturernya masuk baru 3kali. nampak tak? aku memang target tak lulus sebab sebelum test tu, aku pergi event lah*alasan* tapi...memang betul pun. and dah sebulan seminggu aku tak balik rumah sebab kekangan2 tertentu, takpalah aku dah biasa. minggu depan nak balik lah. ada cerita and perkara yang menyedihkan*pasal duit aku and kawan2 kena tipu* aku tak halalkan. kau carik lah aku kat sana nanti. itulah kelemahan aku....cepat percaya orang. tapi.. aku bayar duit kawan2 aku balik,, ada hikmah ni. ALLAH uji aku,, duit boleh carik tapi.. kalau kesihatan, nyawa, keluarga, iman, memang lah aku fail. simpang malaikat44. target tahun baru tak lepas2. harap je aku beli produk kurus banyak hanyaaa tapi satu pun tak berkesan. turun sekilo naik tiga kilo! menyampah. hahaha. oklah penat menaip. hummm. itu je kot. see u ita next month. :) be better than before and be nice to people because we don't know what they have been through and face. 

Jumaat, 29 November 2013

PART 5!!!! what????

Haii! sem 5 dah, sepatutnya kira sem 6 plus sekali dengan pra-dip. 3 tahun menimba ilmu. tapi aku tak aplikasikan ilmu2 ni dalam kehidupan seharian, bila nak aplikasi??? bila? hurmmm. lagi 1 sem akan grad diploma. DIPLOMA?? dunia sekarang diploma tak dipandang sangat, degree okay la, tapi sampai mana akan aku belajar? maybe degree dulu then sambung master, in shaa ALLAH. amin. hah! no crush anymore. i will.....study smart and hard. 2 sem tak dekan hancusssssss!!! tapi sem ni aku takda buat plan2 janji2, apa nak jadik jadik la nak, mak tak kisah, hahahhah! let it be. mungkin sem ni dapat dekan? amin. hati rasa kosong, tak tahu nak coret apa, iyela baru2 lagi, belajar pun tak start lagi. ahaa!!!! 1 bulan lagi umur aku akan 21, goodbye 20, lamanya!! tapi tak ada apa yang boleh dibanggakan. hidup kena berubah ita, dunia sementara, akhirat tu selamanya!! itu sahaja. SALAM.

Jumaat, 13 September 2013

manusia

final semakin hampir, sem ke 4. aku masih dingin dengan kehidupan. masih mencari hidup ke arah mulia. masih gagal. gagal tanpa usaha. ya, itu salah aku. perasaan ingin kembali pada hidup yang lalu kuat, namun iman juga masih kuat. henti disini tentang hidup, biar aku sahaja rasa hidup aku 20tahun itu.
MANUSIA. jenisnya pelbagai. perangainya menggila suara. Dengki sentiasa. kerana mulut badan binasa. aku masih mencari erti sebenar manusia. silap dan benar seperti politik juga. aku masih mengkaji tapi masih mencaci. maafkan aku. hina aku kerna aku juga manusia. dosa menggunung doa diampun yang ESA. matlamat hidup hanya satu, balas jasa ibu, kembali kepada yang SATU. rintangan dihadapi, aku perlu berubah esok tanpa menunggu diubah. capai mimpi yang diingini, capai tahap mulia disisi yang ESA, capai kehidupan sejahtera. malam acap kali air mata mengalir rindu Abah, kasihnya hanya 9tahun aku rasa. jauh dari ibu, kasihmu ku tahu sentiasa. bantu adik2. cukup. Tuhan bantu aku. terima kasih segala. aku tak perlu kamu. kau masih alpa seperti aku sang manusia. mentari menjauhkan diri, bintang menjelma melambai. malam aku masih seperti biasa.

Ahad, 21 Julai 2013

jalan cerita hidup kita berbeza

tengah denga lagu welcome to my life via simple plan lagu yang dari dulu lagi aku dengan dan maksud lagu ni sangat2 la best,,isi lagu dia pasal remaja akan lalui proses ni. u see, ramai remaja islam kecundang masa lalui proses ni, perlu iman penuh di dada, tapi jangan risau sampai satu peringkat kita akan sedar semua2 ni and turn better. kembali tajuk kita-jalan hidup kita berbeza n tak sama. aku tahu n ALLAH dah aturkan hidup aku cuma aku perlu ubah kearah lebih baik, bandingkan hidup korang dgn kawan2 yang kaya, grant, n macam2 lagi. tapi kau kena ingat ramai lagi hidup yang susah dan tak mengeluh, somalia, palestin n many more. apa hidup kau dah susah sangat ke, aku jenis tak suka tunjuk2 susah mintak simpati. istilah aku fokuskan bukan dari duit, tapi mostly manusia susah hati pasal duit. aku fokuskan pasal jalan hidup kau, ye dulu aku nakal tapi bukan nakal berpeleseran macam takda maruah, aku nakal masa kecik and start masuk sekolah asrama baru aku kenal kehidupan. tanpa mak tanpa arwah abah, aku mula berdikari di tempat orang. aku buntu n mentah tak tahu mengikut aliran hidup orang, lagi2 lepas abah meninggal mak hantar kami kat kampung, masa tu susah dia jangan cakap la, pergi sekolah jalan kaki tanpa duit belanja and macam2 lagi. bila fikir2 rasa sedih. korang lalu ke hidup macam ni? aku tahu ada yang lebih teruk. sekarang aku harap aku ubah hidup aku, matlamat aku bukan dunia tapi akhirat sekali. aku banyak sakitkan hati orang aku harap dorang maafkan aku. taknak ikut hidup cara orang, aku ikut cara aku, n aku tahu siapa aku, dari mana aku datang n kembali. aku perlu kuat dan kuat.terlalu specific susah untuk diceritakan. cukup sekadar ini. hargai kehidupan dan jalan cerita kita sebab ini semua sementara waktu. aku fikir untuk kembali atau berubah? aku tahu pilihan baik buruk itu. aku perlu pilih dan ikut. aku harap bila aku hanyut DIA kembalikan aku kejalan kebenaran. doakn untuk semua.

Isnin, 10 Jun 2013

sem 4--semoga baik baik selalu

yeah! dah masuk sem yg ke 4. memang x sedia lagi, tapi kalau sedia pun still ditakuk yang lama. biarla masa menentukan. harap dapat study dengan senang and banggakan mak. taknak jadik macam dulu. teruk. jatuh.niat dihati belaja kerana ALLAH dan dapat manfaat. balas jasa2 mereka. semoga aku bahagia sentiasa. amin.

Khamis, 9 Mei 2013

dekan dalam jamban hati

sem ni sedih dengan diri sendiri. lagi2 tengah layan lagu. hurmm. dah diagak akan x dapat dekan sem ni. ponteng class selalu akhirnya makan diri. memang patot pon. roda. atas dan bawah. baru ade kesedaran kalo x sampai bile x nak sedarkan. ade lagi 3 sem. kalau dapat dekan mase diploma ptptn still kena bayar. so kena kekalkan pointer higher2 utk masuk degree baru dekan every sem utk free ptptn.(sedapkan hati). kena rajin sem depan x boleh malas2.luahan kekecewaan terhadap diri tuli ini.

Jumaat, 12 April 2013

semester tiga berakhir!

yeah!! tamat segala kenangan yang bersemi disini. last paper hari ni,, walaupon agak teruk tapi insyaALLAH DL lagi sem ni,, walaupon rasa2 pointer akan turun. hahaha! so disebabkan itu la aku teruk.. apa sebab? sebab ponteng kelas selalu! cuti 2 bulan akan ke cheras carik pengalaman carik duit poket dan sentiasa hidup berdirkari. jangan susahkan mak.. kesian mak. huuuuhhh! nak makan then kemas2 baju and whattt??? balikkk! rindu segamat takpa next sem jumpa lagi 3 sem to go. alhamdulillah segala2nya. kenangan akan disimpan dalam laci hati dan rasa akan dibuka untuk dikemasrapikan kembali.

Isnin, 25 Mac 2013

sebulan 3hari!

hampir sebulan. final lagi 3 hari, adakah aku cukup sedia? bolehkah aku campurgaulbatikan apa yang telah aku pelajari selama ni? macam tak cukup atau terlebih cukup? hanya ALLAH yang tahu.aku pastikan aku dapat aku mahukan. walaupon aku teruk sangat2 semester ni. aku boleh!

Selasa, 26 Februari 2013

banyak berlaku

frust? tak pon,, aku tahu ape aku buat ape aku dapat. first time fail dekat uitm. relax ade mase lagi ade test lagi and ade final nanti. buat baik2. kau menyesal tak ponteng kelas? ade la sikit. teruk kau ni,,, tapi kau boleh kan.mase suntuk tinggal berape lama je lagi nak abis sem. so aku boleh!! jangan bazir mase kau lepak2, berangan2 and whatever. ingat sebab kau nak berjaya ita. lagi satu please ita stop berharap  kat TUT. ape tu? hahahaha tertentu je tahu tu.. tapi perasaan ni?? entah la.. firasat selalu betul tapi sampai bila. ubah diri ubah pemikiran ubah mase depan. sombong sikit la tapi nk senyum tu malu poyo kan. berubah!!!! jangan bazir saat sekali pon ita. ingat belajar utk kehidupan yang sekali nie saje.

Ahad, 6 Januari 2013

2013

1.aku masuk 20 tahun
2.nenek yg aku panggil wan meninggal
3.aku lost buntu tepu.
4.esok lusa aku sambung tulis

Khamis, 27 Disember 2012

simpan rapi

kumpul semua
jadi satu
rasa aku tahu 
rasa itu
waktu datang hampiri
aku imbasi kembali
waktu dulu waktu 
aku bersama mereka
hilang dihanyut zaman 
tapi aku masih mahu
kembalikan waktu itu
tidak
tidak mungkin
apa mampukah aku miliki lagi
itu kenangan lalu
biarkan ingatkan aku
terusi sahaja masa dihadapanmu
simpan rapi didalam dadamu
simpan rapi didalam fikiranmu
simpan sahaja untuk dirimu
kerna waktu itu
tak mungkin kembali
apa yang kau mahu
tunggu sehingga kau mampu
DOA.


Isnin, 17 Disember 2012

i learn everything for this last and only one life

hidup bukan untuk waktu sekarang je banyak benda yang kita kena hadapi pada masa akan datang.
hidup bukan nak gembira sepanjang masa je banyak perkara duka yang akan kita rasa
hidup bukan untuk dapat 5a, 8a, 10a, dekan or what so ever tapi untuk akhirat akhir masa
aku cakap tapi x pernah aku lakukan tapi aku cuba capai apa yang aku mahukan.
  
terlalu banyak benda yang aku nak capai dalam hidup ni
tak lama lagi umur  angka belas2 dah takdahidup dah lama tapi aku rasa kosong sangat. belajar, main, makan, tidur argh kosong! kosong! aku nak buat sesuatu yang akan bangga kan mak aku keluarga aku kawan-kawan aku dan jugak diri aku sendiri. aku tak nak lupa siapa pencipta aku. ALLAH SWT. aku taknak lupa siapa nabi aku. MUHAMMAD SAW. aku akan cuba ubah nasib aku sebab ALLAH TAKKAN UBAH NASIB SESUATU KAUM TU KECUALI MEREKA SENDIRI. jangan jadik macam aku sebab kita lain. biarlah apa pun dugaan datang aku nak hadapi dengan cool je. aku belajar sebab bukan nak dapat A. aku belajar untuk kehidupan aku. aku rasai aku alami aku ketahui dah aku pelajari.

Rabu, 5 Disember 2012

waktu itu aku hidup

rasai hidup waktu itu

great day for certain people now
saddest life for poor people who losing love
awesome life for they and not for me.

waktu yang aku cari, waktu dahulu, waktu aku kecil, waktu aku bermain bersama kamu semua, bermain tanpa fikirkan apa apa, fikir hanya waktu itu hidup, waktu yang tidak akan kembali berulang. aku harap aku rasai waktu waktu itu. angan kosong tak akan berlaku sayang. waktu itu aku bahagia tanpa paksaan. dalam lubuk hati menjerat perit sakit dicucuk hingga mengalir air dari mata. ingatkah? lupa? tidak sekali akan aku simpan hingga mati. apa kau lupa hidup hanya sekali? berjumpakah kita disana nanti? kenalkah kau akan aku nanti? mampukah kita membantu nanti? biarkan segala yang berlaku kerana sekali saja kau rasai. jangan kau pinta waktu itu kembali kerana tidak akan. tidak akan. berdoa.biar aku saja tahu hidup aku. hidup kamu .