Digital clock

Jumaat, 13 September 2013

manusia

final semakin hampir, sem ke 4. aku masih dingin dengan kehidupan. masih mencari hidup ke arah mulia. masih gagal. gagal tanpa usaha. ya, itu salah aku. perasaan ingin kembali pada hidup yang lalu kuat, namun iman juga masih kuat. henti disini tentang hidup, biar aku sahaja rasa hidup aku 20tahun itu.
MANUSIA. jenisnya pelbagai. perangainya menggila suara. Dengki sentiasa. kerana mulut badan binasa. aku masih mencari erti sebenar manusia. silap dan benar seperti politik juga. aku masih mengkaji tapi masih mencaci. maafkan aku. hina aku kerna aku juga manusia. dosa menggunung doa diampun yang ESA. matlamat hidup hanya satu, balas jasa ibu, kembali kepada yang SATU. rintangan dihadapi, aku perlu berubah esok tanpa menunggu diubah. capai mimpi yang diingini, capai tahap mulia disisi yang ESA, capai kehidupan sejahtera. malam acap kali air mata mengalir rindu Abah, kasihnya hanya 9tahun aku rasa. jauh dari ibu, kasihmu ku tahu sentiasa. bantu adik2. cukup. Tuhan bantu aku. terima kasih segala. aku tak perlu kamu. kau masih alpa seperti aku sang manusia. mentari menjauhkan diri, bintang menjelma melambai. malam aku masih seperti biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan